Friday, January 14, 2011

Teh Tarik Session Feat Zunar

Semalam aku pergi teh tarik session feat Zunar, anjuran Malaysiandigest.com. Start pukul 5 petang sampai kol 6.40 petang. Topik yang dibincangkan agak menarik , "Penggunaan Cartoon/komik sebagai medium penghantaran" .

Terlebih dahulu, meh aku cerita dulu pasal zunar. Dia ini merupakan pelukis komik politik, selalu keluar laman portal malaysia kini. Nak dipendek kan cerita, dia nih haluan bukan kerajaan, sudah keluarkan lebih kurang 3 buku komik cam LAT. 2 buku pertama ok, tetiba buku yang ketiga kerajaan ban buku tuh sebelum diterbitkan.

Nak dipendekkan lagi , dia kene cekup ngan polis kat pejabat dia masuk lokap, dengan alasan, buku dia membawa maksud penghasutan. Dia bengang, sebab buku tuh tak dapat pon lagi perintah mahkamah untuk di-BAN kan.

Sehingga sekarang buku itu belum dibankan, tetapi polis kalau nampak buku itu trus akan rampas buku itu.
Hishamuddin Rais sebagai emcee semalam. chor

Semalam sempat jugak gua beli senaskah, buku dah kene ban, siapa yang tanak ? Buku tuh bertajuk Cartoon-O-Phobia. Cover depan dia ada kartunis lari bawak pen, kejar seorang perdana menteri yang menunggang bini dia yang berambut besar. Tengok cover pon aku dah nak tergelak.

Balik umah, aku baca buku tuh, menarik jugak, kelakar. Banyak cerita pasal BIK MAMA. Gelak besar aku sonsorang kat umah semalam.

Aku berharap ZUNAR akan berjaya pada masa hadapan, sbb buku yang dia hasilkan adalah berkualiti dan komik dia sangat asli.



No comments:

Post a Comment